Dalam dua dekad yang lalu, Malaysia telah memperkukuh kehadirannya di pentas antarabangsa menerusi pelbagai pameran dan pesta buku dunia. Melalui penyertaan aktif dalam forum-forum global, negara bukan sahaja mempromosikan buku dan penulis tempatan, tetapi juga memperkenalkan warisan ilmu serta peradaban Melayu kepada masyarakat dunia.
Usaha ini telah mewujudkan jaringan yang kukuh antara pemain industri penerbitan tempatan dan antarabangsa yang membuka peluang kolaborasi hak cipta, penterjemahan, dan pertukaran idea.
Over the past 20 years, Malaysia has strengthened its global presence through strategic participation in international book fairs around the world. These efforts have not only promoted local books and authors but also shared the intellectual heritage and civilizational knowledge of the Malay world with international audiences.
Through strong global networks, the Malaysian publishing industry has forged valuable partnerships for copyright collaboration, translation, and knowledge exchange.
Timeline of Malaysian Book Industry and Globalisation
1956
Ditubuhkan sebagai badan utama untuk mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, DBP memainkan peranan besar dalam penerbitan, pembinaan istilah, dan pembangunan buku teks dan sastera.
1961
Dasar ini memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, sekali gus merancakkan permintaan terhadap buku dalam bahasa kebangsaan.
1968
MBKM tertubuh melalui saranan UNESCO sebagai badan khas dalam mengembangkan minat membaca serta mengembangkan industri buku untuk negara-negara membangun.
1971
Ditubuhkan untuk mewakili kepentingan penerbit tempatan dan memacu industri buku ke arah pembangunan yang lebih sistematik.
1981
Diperkenalkan oleh DBP dan kemudian dikendalikan oleh MABOPA, pesta ini menjadi antara acara buku terbesar di Asia Tenggara.
1980-an
Era syarikat penerbitan swasta memperbanyakkan pilihan buku komersial dan ilmiah dalam bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi antara gergasi perbukuan negara.
1993
ITBM tertubuh untuk memperbaiki prasarana industri buku negara dengan menyediakan platform terjemahan karya selain menawarkan kursus dan bengkel terjemahan.
2000
Pemain industri mula menyesuaikan diri dengan teknologi baharu, menerbitkan e-buku dan menjualnya secara dalam talian.
2011
Diasaskan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pemangkin industri buku nasional melalui inisiatif digital, promosi dan diplomasi buku.
2012
Baucar Buku mula diperkenalkan sebagai pemangkin budaya membaca serta lonjakkan buat industri buku, melahirkan ramai penerbit kecil yang kemudiannya dikenali sebagai era penerbit “Indie”.
2020
Penulis dan penerbit bebas memanfaatkan platform digital seperti Shopee, Google Books, dan media sosial untuk terus menjual dan mempromosikan karya mereka.
2024
Sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Madani bagi menyemarakkan budaya membaca sejajar dengan inspirasi kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara Madani.