Penemuan mesin cetak pada abad ke-19 membuka lembaran baru dalam era kesusasteraan Malaysia. Kewartawanan dan penulisan novel moden mula berkembang, membentuk wacana awam dan kesedaran kebangsaan.
Tokoh-tokoh perintis seperti Munshi Abdullah, Pak Sako, Harun Aminurrashid, Pendeta Za’ba, Adibah Amin dan Abdul Rahim Kajai memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya kesusasteraan yang mencerminkan aspirasi, perjuangan dan jati diri masyarakat yang sedang membangun.
Menjelang pertengahan abad ke-20, penubuhan ASAS 50 (Angkatan Sasterawan 1950) telah menyuntik semangat baru dalam lanskap sastera Malaysia, mendorong penggunaan kesusasteraan sebagai alat kesedaran sosial, kebanggaan negara, dan kemajuan pemikiran.
The invention of the printing press in the 19th century ushered a new literary era in Malaysia. Journalism and modern novel-writing began to flourish, shaping public discourse and national consciousness.
Pioneers like Munshi Abdullah, Pak Sako, Harun Aminurrashid, Pendeta Za’ba, Adibah Amin and Abdul Rahim Kajai played pivotal roles in cultivating a literary culture that reflected the aspirations, struggles, and identities of a growing society.
In the mid-20th century, the founding of ASAS 50 (Angkatan Sasterawan 1950) further invigorated Malaysia’s literary landscape, encouraging the use of literature as a tool for social awakening, national pride, and intellectual advancement.
Sasterawan Negara merupakan gelaran tertinggi dalam dunia kesusasteraan Malaysia, dianugerahkan kepada penulis yang telah memberi sumbangan luar biasa dalam perkembangan dan pembinaan identiti sastera kebangsaan. Mereka bukan sahaja menghasilkan karya yang mengangkat bahasa dan budaya Melayu, tetapi juga membentuk pemikiran bangsa melalui puisi, cerpen, novel, drama dan esei yang berpengaruh.
Melalui pameran ini, kita menelusuri warisan pemikiran dan estetika yang ditinggalkan oleh para Sasterawan Negara. Setiap tokoh dipersembahkan dengan:
Pameran ini mengajak pengunjung menghargai peranan penulis dalam merakam sejarah, menyuarakan hati rakyat, dan memperkayakan imaginasi bangsa.
Sasterawan Negara, or National Laureate, is the highest literary title awarded in Malaysia to writers who have made exceptional contributions to the development of national literature. Their works have elevated the Malay language and cultural identity while shaping public thought through poetry, short stories, novels, drama, and essays.
This exhibition traces the intellectual and aesthetic legacy of each National Laureate. Each figure is presented with:
Visitors are invited to reflect on the enduring role of writers in documenting history, voicing the spirit of the people, and enriching the nation’s imagination.
List of the National Laureates
1981
1982
1983
1985
1987
1991
1993
1996
2003
2009
2011
2013
2015
2019
2022