Kesusasteraan Melayu Moden Awal: Menghargai Kearifan Silam 

   Kearifan yang berterusan di rantau kita, kearifan tempatan, mencerminkan generasi demi generasi kebijaksanaan, kreativiti dan pengetahuan yang canggih yang terus membentuk masyarakat kita. Sejak berabad lamanya, masyarakat Alam Melayu telah memantapkan pelbagai bidang ilmu yang menuntut pemikiran kritis, inovasi dan kesenian yang tinggi. Kefahaman mendalam tentang lautan, langit dan alam sekitar dahulunya merupakan kekuatan utama, dan meskipun sebahagiannya telah pudar ditelan masa, banyak yang masih relevan hingga ke hari ini.

   Kita mewarisi suatu khazanah ilmu tempatan yang dinamik dan amat bernilai, diturunkan melalui tradisi dan teks, menggabungkan kemahiran praktikal dan kearifan budaya yang abadi. Antaranya termasuk:

Undang-undang dan Diplomasi:

Terserlah dalam  Hukum Kanun  Melaka, Pasai, dan Kedah (abad ke-14 hingga ke-16), yang membuktikan tahap pemikiran undang-undang dan kebijaksanaan diplomasi yang tinggi.

Early Modern Malay Literature: Appreciating Ancient Wisdom

   The enduring wisdom of our region—local wisdom—reflects generations of intelligence, creativity, and advanced knowledge that continue to shape our society. For centuries, the Malay Archipelago has cultivated various fields of knowledge that demanded critical thinking, innovation, and refined artistry. A deep understanding of the seas, skies, and natural surroundings was once a core strength, and although some of it has faded with time, much remains relevant today.

   We have inherited a dynamic and immensely valuable body of local knowledge, passed down through traditions and texts, blending practical skills with enduring cultural wisdom. Among these are:

Law and Diplomacy:

Evident in the Hukum Kanun (Legal Codes) of Melaka, Pasai, and Kedah (14th to 16th centuries), which demonstrate a high level of legal thought and diplomatic sophistication.

Pelayaran, Penjelajahan dan Pembinaan Kapal

Navigation, Exploration, and Shipbuilding

Kehebatan menguasai lautan – daripada membaca bintang hingga membina kapal besar – dipratikkan oleh tamadun seperti Champa, Srivijaya, Kedah Tua (Sungai Batu), Melaka, Terengganu dan Jawa.

Mastery of the seas—from reading the stars to constructing large ships—was practiced by civilizations such as Champa, Srivijaya, Kedah Tua (Sungai Batu), Melaka, Terengganu, and Java.

Metalurgi dan Persenjataan

Metallurgy and Weaponry

Kepakaran dalam kerja besi dan gangsa, termasuk pembuatan meriam (rentaka), berkembang dari Kedah Tua sejak abad ke-2 hingga Langkasuka dan Patani pada abad ke-16.

Expertise in iron and bronze work, including the making of rentaka (small cannons), flourished from Kedah Tua in the 2nd century to Langkasuka and Patani in the 16th century.

Kesusasteraan dan Falsafah

Literature and Philosophy

Kehebatan pantun, syair dan ribuan manuskrip seperti Sulalat al-Salatin, Taj al-Salatin, Negarakertagama dan Pararaton membuktikan kecanggihan intelektual dan sastera di Kepulauan Melayu.

The brilliance of pantun, syair, and thousands of manuscripts such as Sulalat al-Salatin, Taj al-Salatin, Negarakertagama, and Pararaton reflect the intellectual and literary sophistication of the Malay Archipelago.

Seni Bina dan Pertukangan

Architecture and Craftsmanship

Kemahiran tradisional dalam pembinaan kapal, masjid dan istana diraja berkembang subur di Aceh, Kelantan dan Terengganu.

Traditional skills in building ships, mosques, and royal palaces thrived in regions such as Aceh, Kelantan, and Terengganu.

Ilmu Tumbuhan dan Herba

Botany and Herbal Knowledge

Kefahaman mendalam tentang ekologi hutan dan perubatan tradisional (ilmu tib) dipraktikkan di seluruh Asia Tenggara.

Kefahaman mendalam tentang ekologi hutan dan perubatan tradisional (ilmu tib) dipraktikkan di seluruh Asia Tenggara.

Seni Halus dan Estetika

Fine Arts and Aesthetics

Bentuk seni seperti batik, wau, ukiran kayu dan kraf rumah tangga yang halus berkembang pesat, mencerminkan penghargaan mendalam terhadap keindahan di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Art forms like batik, wau (traditional kite), wood carving, and household crafts flourished, demonstrating a deep appreciation for beauty across Malaysia, Indonesia, Thailand, and the Philippines.

Kelestarian Alam Sekitar

Environmental Sustainability

Kearifan dalam kehidupan lestari, seperti yang ditunjukkan dalam penciptaan Taman Sri Ksetra oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa, pengasas Srivijaya (abad ke-7), membuktikan kesedaran awal terhadap penjagaan alam.

Wisdom in sustainable living, as shown by the creation of Sri Ksetra Park by Dapunta Hyang Sri Jayanasa, the founder of Srivijaya (7th century), reveals early awareness of environmental stewardship.