TIMELINE OF MALAYSIAN BOOK INDUSTRY AND GLOBALISATION
1956
Ditubuhkan sebagai badan utama untuk mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, DBP memainkan peranan besar dalam penerbitan, pembinaan istilah, dan pembangunan buku teks dan sastera.
1961
Dasar ini memperkukuh penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, sekali gus merancakkan permintaan terhadap buku dalam bahasa kebangsaan.
1968
MBKM tertubuh melalui saranan UNESCO sebagai badan khas dalam mengembangkan minat membaca serta mengembangkan industri buku untuk negara-negara membangun.
1971
Ditubuhkan untuk mewakili kepentingan penerbit tempatan dan memacu industri buku ke arah pembangunan yang lebih sistematik.
1981
Diperkenalkan oleh DBP dan kemudian dikendalikan oleh MABOPA, pesta ini menjadi antara acara buku terbesar di Asia Tenggara.
1980-an
Era syarikat penerbitan swasta memperbanyakkan pilihan buku komersial dan ilmiah dalam bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi antara gergasi perbukuan negara.
1993
ITBM tertubuh untuk memperbaiki prasarana industri buku negara dengan menyediakan platform terjemahan karya selain menawarkan kursus dan bengkel terjemahan.
2000
Pemain industri mula menyesuaikan diri dengan teknologi baharu, menerbitkan e-buku dan menjualnya secara dalam talian.
2011
Diasaskan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pemangkin industri buku nasional melalui inisiatif digital, promosi dan diplomasi buku.
2012
Baucar Buku mula diperkenalkan sebagai pemangkin budaya membaca serta lonjakkan buat industri buku, melahirkan ramai penerbit kecil yang kemudiannya dikenali sebagai era penerbit “Indie”.
2020
Penulis dan penerbit bebas memanfaatkan platform digital seperti Shopee, Google Books, dan media sosial untuk terus menjual dan mempromosikan karya mereka.
2024
Sebanyak RM300 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Madani bagi menyemarakkan budaya membaca sejajar dengan inspirasi kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara Madani.
SEA Write Award Timeline